Jumaat, 6 November 2020

USAHAWAN YANG GEMPAK

ASPEK-ASPEK UNTUK MENJADI SEORANG USAHAWAN YANG GEMPAK 

BERDASARKAN ILMU YANG DIPEROLEHI :


ANTARA USAHAWAN - USAHAWAN YANG BERJAYA :
  • TAN SRI TONY FERNANDES - USAHAWAN PERKHIDMATAN PENGANKUTAN PENERBANGAN- SYARIKAT PENERBANGAN AIR ASIA
  • DATO SERI ALIF SYUKRI - USAHAWAN KOSMETIK - D'HERBS HOLDING
  • DATO WAN MOHAMMAD SANI SALLEH - USAHAWAN PERKHIDMATAN PENGANKUTAN BAS - SANI EXPRESS
  • ANTHONY TAN dan TAN HOOI LING - USAHAWAN PERKHIDMATAN PENGANKUTAN KERETA SEWA - GRAB
  • DATUK YUSOF HASLAM - USAHAWAN PRODUKSI PERFILEMAN - SKOP PRODUCTIONS
Kesemua usahawan-usahawan yang dinyatakan tersebut memiliki aspek-aspek yang berikut untuk berjaya :

1.Berani mengambil risiko

Usahawan yang berani mengambil risiko mempunyai keyakinan untuk menghadapi keadaan ketidakpastian membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk memajukan perniagaannya. Usahawan juga perlu bijak mengurus risiko dengan baik kerana ini akan menentukan kadar keuntungan perniagaan.

2.Menjadi seorang yang kreatif

Usahawan yang kreatif boleh mencipta sesuatu yang baharu bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang berbeza. Usahawan yang bersifat inovatif boleh mengubah suai sesuatu barangan yang sedia ada supaya lebih berkualiti, menarik dan dapat bersaing dalam pasaran sedia ada.

3.Ketabahan diri yang tinggi

Usahawan yang tabah, tidak akan jemu dan berputus asa menghadapi cabaran. Usahawan juga tidak akan takut menghadapi kesusahan dalam perniagaan sehingga mencapai kejayaan.

4. Yakin dengan kebolehan diri

Usahawan perlu mempunyai sifat yakin dengan kebolehan diri untuk menghadapi cabaran dan sentiasa mempunyai pandangan yang terbuka terhadap kegagalan. Usahawan juga perlu sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi mencapai kejayaan dalam perniagaannya.

5.Berinisiatif dan bertanggungjawab

Inisiatif bermaksud sikap seseorang yang melakukan sesuatu secara proaktif. Usahawan yang berinisiatif dan bertanggungjawab akan giat berusaha bagi membangunkan kehidupan diri serta sentiasa mencari idea baharu untuk mengembangkan perniagaannya.

6.Komitmen yang tinggi

Usahawan perlu menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaannya. Komitmen yang tinggi adalah suatu bentuk kesepakatan yang dibuat oleh seseorang terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Komitmen ini perlu jelas, terarah, berorientasikan kemajuan dan perlu dijaga sehingga mencapai kejayaan.

7.Pandai merebut peluang

Usahawan akan sentiasa mencari dan pandai merebut peluang perniagaan yang wujud daripada perubahan dalam persekitaran perniagaan.

8.Berfikiran positif

Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seorang usahawan. Usahawan yang berfikiran positif akan dapat menyelesaikan masalah dan halangan yang dihadapinya.

9.Bijak menentukan matlamat

Usahawan perlu bijak menentukan visi dan misi perniagaannya kerana perkara ini yang menentukan hala tuju perniagaan dan memberi panduan dalam merancang kejayaan perniagaan.

10.Berani menghadapi kegagalan

Usahawan perlu bersikap berani menghadapi kegagalan dan menganggap kegagalan sebagai suatu pengajaran yang berharga kepadanya. Usahawan tidak mudah berputus asa sebaliknya bersifat terbuka terhadap setiap ujian dalam dunia perniagaan.



 

"Gagal hari ini bukanlah gagal selamanya"

"Bukan senang untuk senang,bukan susah untuk susah"

"Rebutlah peluang seperti pemangsa mendapatkan mangsanya" 

"Yang pipih tidak akan datang melayang,yang bulat tidak akan datang bergolek"

"Sentiasa bersyukur walau dalam apa jua keadaan" 

 

 













































USAHAWAN YANG GEMPAK

ASPEK-ASPEK UNTUK MENJADI SEORANG USAHAWAN YANG GEMPAK  BERDASARKAN ILMU YANG DIPEROLEHI : ANTARA USAHAWAN - USAHAWAN YANG BERJAYA : TAN SRI...